SK Taman Sri Pulai

Diharapkan, daripada Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pulai versi blog ini dapat dijadikan wadah informasi dan maklumat terkini. Selamat melayari!

Menu Utama
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara"
Misi Sekolah
"Untuk memberi pendidikan berkualiti berteraskan ilmu pengetahuan bagi melahirkan insan yang terbilang"
Visi Sekolah
"Sekolah Harapan Negara Negeri Johor 2010"
Slogan Sekolah
"Cemerlang 100%"
Motto Sekolah
"Berilmu, Beramal, Berbakti"
Hari Lahir


persaraan guru besar
Monday, February 25, 2008
Sekitar majlis persaraan Guru Besar SKTSP yang berlangsung pada 31 Jan 2008. Majlis peringkat sekolah ini dilaksanakan dengan jayanya.



Murid-murid pasukan kompang sedang menanti ketibaan Tuan Guru Besar En. Othman b. Hj Ahamad.


Mengambil kesempatan 'berposing' sementara menunggu ketibaan orang yang dirai.

Macam raja sehari. En. Othman tiba dengan lengkap berbaju batik.

Turut mengiringi ialah pegawai-pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Kulai

Sebelum itu, Ahli pasukan seragam memberi tabik hormat sejurus ketibaan beliau.

Melihat persembahan tarian zapin pembukaan oleh murid-murid.







Dari kiri, Yang Dipertua PIBG Prof. Ir. Dr. Hasanan, Guru Besar Yang di rai En. Othman B. Hj. Ahamad dan pegawai PPD.

Apa yang ditonton oleh Guru Besar dan hadirin?

Oh! persembahan video profil lengkap Tuan Guru Besar sepanjang perkhidmatan dalam pendidikan dan pencapaian beliau.

Ucapan beliau yang terakhir di sekolah ini. Berisi dan berkesan.

Persembahan dari Ensemble melodian oleh murid-murid SKTSP dibawah pimpinan Cik Rokiah Abu Bakar dan Cik Diana Christie.

Dan persembahan tarian oleh murid-murid kelab kebudayaan juga dibawah pimpinan Cik Rokiah.

Persembahan Deklamasi Sajak oleh murid dengan iringan gitar oleh En. Nizam Rusli



En. Othman bin Ahamad
Jasa di kenang dalam ingatan


1. Sejarah hidup
Dilahirkan di Muar, Johor pada 4 Februari 1952. Mula menerima pendidikan awal di SK Resik, Sg Balang, Muar, Johor dan di dua buah sekolah menengah iaitu SM Semerah, Batu Pahat, Johor dan SM Sultan Ibrahim, Kulai. Beliau mengikuti jurusan Pendidikan Peringkat Awal Kanak-kanak (PPAK) II (am) selama dua tahun dari tahun 1976 hingga 1978 di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim.

2. Sejarah keluarga
Mendirikan rumahtangga pada 13 Mei 1986 dengan Pn. Zailan bt. Jalaludin. Telah dikurniakan sepasang anak kembar perempuan yang lahir pada 18 Feb 1987 dan seorang anak lelaki yang lahir pada 26 Dis 1989. Bagaimanapun, telah menjadi episod sedih dalam hidup beliau ialah di mana kedua-dua anak kembar beliau telah kembali ke rahmatullah, seorang di awal kelahiran dan seorang lagi di usia 13 tahun. Di ketika ini, anak lelaki beliau berumur 20 tahun dan sedang menuntut di UTM Jalan Semarak di dalam jurusan Kejuruteraan Aeronautik/ Jurutera Pesawat.

3. Sejarah penempatan
Beliau mula bertugas di SK Ayer Manis, Kulai sebagai guru penolong dari 1 Mei 1979 hingga 31 Dis1983. Dipindahkan ke SK Convent Cameron Highland, Pahang dari 1 Jan 1984 hingga 31 Dis 1985. Beliau kemudian ditugaskan di SK Tanjung Gemok, Rompin, Pahang dari 1 Jan 1986 hingga 15 Mac 1989.

Beliau mula ditugaskan sebagai GPK Kokurikulum di Sg Tekek, Pulau Tioman, Pahang dari 16 Mac 1989 hingga 31 Ogos 1989. Beliau mula menjawat sebagai Penyelia Petang di SK LKTP Jengka 03 dan GPK HEM di SK LKTP Jengka 04 dari 1 Sept 1989 hingga 30 Apr 1995. Dari 1 Mei 1995 hingga 31 Mei 1997 beliau ditugaskan sebagai GPK Kurikulum di SK LKTP Jengka 04 dan tugas yang sama turut dijawat di SK LKTP Jengka 01 dari 1 Jun 1997 hingga 31 Dis 1997.

Beliau dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar di SK Kuala Sentol, Pahang bermula dari 1 Jan 1998 hingga 30 Dis 1999. Juga menjawat jawatan yang sama di SK Sentosa, Maran, Pahang dari 31 Dis 1999 hingga 31 Dis 2000.

Beliau kembali bertugas di negeri kelahiran dari 1 Jan 2001 di SK Polis Kem Kelapa Sawit, Kulai sebagai Penyelia Petang sehingga 31 Mei 2001. Beliau kembali menjawat jawatan Guru Besar di dua buah sekolah iaitu SK Gunung Pulai dari 1 Jun 2001 hingga 15 Okt 2002 dan ke SK Taman Sri Pulai dari 16 Okt 2002 hingga ke tarikh persaraan beliau.

4. Sukan dan kokurikulum
Beliau meminati dan mempelajari seni mempertahankan diri Taekwondo. Seorang pemegang tali pinggang hitam dan pernah memegang jawatan jurulatih Taekwondo di sekolah-sekolah yang ditempatkan. Beliau turut meminati sukan bolasepak dan aktif bermain bagi mewakili sekolah atau daerah. Beliau juga meminati permainan ‘pool’.

5. Cetusan Idea dan penganugerahan
Sepanjang dalam perkhidmatan, beliau menjadi tenaga pencetus idea kepada banyak program kecemerlangan seperti modul pembelajaran bahasa inggeris Let’s Read and Do dan You Can Read yang turut di terima pakai di sekolah-sekolah daerah Kulai. Atas modul ini juga, beliau telah di anugerahkan sebagai Guru Inovatif pada tahun 2002. Selain itu, program STEIS (Strategy to Excellence in Science) dan Vocabulary Book tulisan beliau turut digunapakai di peringkat daerah. Beliau turut bersama-sama merangka program micro teaching yang dilaksanakan di SK Taman Sri Pulai.

Sepanjang bertugas di Pahang, beliau telah menerima dua kali Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SSB dalam tahun 1993 dan 1997. Di Johor, beliau menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2004 dan juga anugerah khas Guru Cemerlang sempena sambutan Hari Guru 2004.

6. Sumbangan lain
- Beliau turut memegang jawatan pengerusi Majlis Kebajikan Guru Besar Daerah Kulai.
- Penceramah Sekolahku Cemerlang Daerah Kulai
- Penceramah Sasaran kerja tahunan Guru Besar dan Kakitangan Daerah Kulai
- Penceramah Program Let’s Read.

Beliau turut meminati tugas-tugas menghias dan mencantikkan kawasan sekolah. Seorang yang ringan tulang, gemarkan aktiviti bergotong-royong dan sanggup mengerjakan tugas-tugas seorang tukang kebun mahupun buruh am. Setelah hampir tiga puluh tahun bergelumang sebagai pendidik, beliau bukan sahaja sekadar menjadi pentadbir sekolah, malah melangkaui tugas-tugas lain yang diluar bidang tugas seorang guru.

Kalau berkolek ke hulu sana
Sama menaik ke hilir muara
Wajah yang molek penyegar mata
Jasa yang baik tertanam di jiwa

nzm r@gt/08
ditulis oleh Nizam R @ 10:21 AM  
309 Komen mereka:
Post a Comment
<< laman utama
 
Tentang Kami

Siapa: SK Taman Sri Pulai
Lokasi: Johor Bahru
Cari: Disini anda akan jumpa cerita-cerita terkini dan maklumat-maklumat terbaru tentang sekolah kami
atau lihat identiti kami



Post yang terkini
Arkib
Laman web harus dilawati
Penulis-penulis blog
Tajaan

Free Blogger Templates

BLOGGER

Free Site Counter
Jumlah pelawat
Cheap Web Hosting Providers Free Domain Names @ .co.nr!
View My Stats
Guestbook
Get Your Own Player!


Siapakah guru yang paling popular di sekolah?




View Results
© 2005 SK Taman Sri Pulai Template by Isnaini Dot Com